Wednesday 3 April 2013

JANGAN PENTINGKAN DIRI

Hidup ini bukannya berseorangan. Sudah tiba masanya untuk kita memikirkan tentang orang lain. Jika diikutkan susah, memang ler akan susah, tetapi perjuangan harus diteruskan. Jangan kita hanya memandang kesusahan kita sahaja, cuba kita imbas kembali kesusahan orang-orang terdahulu sebelum kita. Apa yang kita kecapi hari ini adalah hasil dari perjuangan mereka. Tanpa mereka bagaimana keadaan kita hari ini.

Harta bukannya penghalang, pangkat bukanlah persoalan. Jika bukan kita, siapa lagi yang harus kita percayai untuk membimbing bangsa kita. Berfikir tentang keadaan anak bangsa lebih baik daripada hanya duduk berzikir didalam masjid yang hanya mementingkan diri sendiri untuk mengejar syurga dan tidak mempedulikan tentang keadaan sekeliling dan orang lain.

Usah dinanti kaya dahulu baru hendak bersedekah. Usah ditunggu senang dahulu untuk membantu. Jika yang kaya tidak sudi menghulur, jangan menghalang yang miskin ini untuk memberi. Jika yang senang tidak ingin membantu, jangan menghalang yang sibuk ini menolong. Jika yang berilmu tidak ingin menyumbang, jangan menghalang yang jahil ini untuk membantu.

Yakinlah pada ALLAH.